Mengandung merupakan sebuah pengalaman yang sangat berharga dan ianya rezeki yang tak ternilai. Oleh sebab ianya adalah kali pertama, semuanya adalah benda baru untuk dihadapi dan dipelajari. Kita takkan pernah faham sehingga merasainya sendiri. Kehamilan anak pertama kami merupakan sesuatu yang sangat indah walaupun ia tidak bertahan lama dan berakhir dengan keguguran yang amat mendukacitakan. Apapun kali ni aku nak cerita yang happy-happy dulu ye :)
1 May 2019
Sepatutnya kalau ikut kiraan, tarikh ni adalah first period tapi xperiod pulak. Time ni dah memang rasa sakit-sakit kat breast tapi just anggap normal lah tu nak period dah kot. Tapi disebabkan period aku memang regular dan tak pernah lewat, memang time ni dah syak lah mesti pregnant. Haha yakin sangat ehh. Maka, aku pun cubalah test UPT pagi dan resultnya ialah negative. Tak naik double line pun. Memang frust jugaklah so aku tinggalkan je lah UPT strip tu kat sinki toilet. Tak lama lepastu aku masuk toilet nak buang UPT tu suprisingly, naik double line -- tapi samar-samarlah. Waktu tu memang tersengih gila lah. Betul ke ni?. Aku decide untuk test lagi esoknya. Masa ni husband tengah oustation so aku simpan je lah dulu berita ni sebab aku pun tak pasti.
2 May 2019
Aku ada baca yang UPT test sebaiknya dibuat awal pagi kerana masa ni kita belum minum or makan apa-apa. So bangun subuh tu aku terus buat dan kalini aku perati je strip tu sebab nak tengok macam mana double line tu muncul. Alhamdulillah naik double line tapi memang samar macam semalam. Bila dah tengok result macam tu, aku pun ragu-ragu juga betul ke ni pregnant. Ada jugak baca orang cerita yang double line pun boleh naik kalau dekat-dekat period. Aku memang happy time ni, berangan kalau betul positive pregnant bestnya. Tapi aku decide untuk diam je dulu tunggu sampai husband aku balik dan bincang next step kami. Selain tu, aku pun tetapkan untuk buat UPT test tu dua hari sekali sampai aku dapat betul-betul pekat. Kalau double line ni memang pekat maksudnya aku confirmlah pregnant kan hihi.
4 May 2019
Pagi ni aku test lagi UPT dan line semakin pekat. Alhamdulillah, aku semakin lega tapi masih tak yakin 100% sebab aku ni sejenis nak ada bukti baru percaya. Malamnya husband balik dan aku memang tak boleh simpan dah berita ni sebab nak sangat tengok reaksi dia. First thing nak buka cerita, aku ceritalah yang aku ada beli UPT tu dan aku cerita lah cara guna dan macam mana nak taw pregnant ke tak. Konon-konon saja mengajar. Time tu memang dia tak agak apa-apalah. Lepastu aku pun tunjuklah UPT strips aku yang aku dah lekatkan dalam buku. Dia tersengih je dan tanya betul ke ni???? Aku ingat lagi, dia terus cium dahi dan pipi aku dan hanya tersengih sebab macam tak percaya, Allah dah permudahkan perancangan kami. Masa ni aku pesan lah jugak yang ni belum betul-betul confirm so jangan terlalu berharap. Dia faham dan memang sangat bersyukur dengan news ni.
5 May 2019
Hari ni kami plan untuk pergi Klinik untuk confirmkan pregnancy. So kat sana Dr suruh lah buat UPT test dan kami request untuk scan. Masa ni macam tak menyabar sangat hahaha. Pengalaman pertama kan. Dr tengok UPT double line tapi scan memang tak nampak apa lah kan sebab masih awal. So Dr kata dia tak boleh nak pastikan yang aku memang pregnant ke tak sebab masih awal. Dia cakap datang lagi after two weeks. Jadi disebabkan Dr cakap macamtu, hati aku pun belum yakin lah 100% aku pregnant tapi aku sentiasa mendoakan supaya memang rezeki aku.
6 May 2019
Puasa pertama tahun ni dan aku puasa macam biasa je. Setakat ni memang aku tak da mual-mual or muntah ke. Cuma breast terasa sangat sensitif dan sakit dekat ari-ari sikitlah. Dan.... nafsu makan melonjak naik. Hahaha.Aku asyik lapar je.
10 May 2019
Disebabkan sepanjang puasa ni aku asyik rasa lapar atau sebenarnya macam rasa kebulur sangat like lama tak jumpa makanan, aku pun google lah bahaya ke tak puasa awal pregnant ni untuk kandungan. Macam-macam aku baca, but mostly tak suggest kan untuk puasa semasa awal kehamilan sebab baby perlukan nutrient yang secukupnya untuk pembentukannya. Jadi aku pun dah start serba salah dan merasakan aku perlukan khidmat nasihat Dr. Aku taknak lah buat apa-apa yang memudaratkan kandungan. Dan aku rasa aku patut confirmkan cepat-cepat betul ke aku pregnant. Malam tu kami pun pergi Klinik Siti Banting dan cakap nak buat test untuk confirmkan pregnancy. Masuk je billik Dr, aku tunjukkan UPT strips yang aku dah kumpulkan dan Dr terus gelak cakap "ehhhhh awak ni memang pregnantlah!!!". Waktu tu kami memang sangat bersyukur dan untuk memastikan lagi kami request for scan. Memang nervous sangat lah time tu sebab aku ada baca yang orang scan luar rahim , tak nampak kantung, etc... Alhamdulillah, aku dapat lihat kantung yang sangat jelas, Saiznya kecik je. Waktu ni Dr confirmkan yang aku dah pregnant 4 weeks, kantung memang dalam rahim. Dr kata next 3 weeks datang lagi repeat scan untuk confirmkan condition baby dan tengok jantung dia. Dr juga nasihatkan kalau boleh xperlu puasa untuk beberapa minggu ni memandangkan aku ni terlalu kurus dan nampak pucat je. Dr bagi aku Iberet untuk tambah darah dan as a folic acid to be consumed everyday. Malam tu kami sangat happy giler dan besyukur Allah permudahkan. Balik-balik klinik aku jumpa ibu dan share berita tu. Mohon dia doakan baby sihat. Esoknya pulak, balik rumah mertua dan suami pulak share the news dan mintak mak abah doakan kandungan kami.
31 May 2019
Tiga minggu kemudian, iaitu pada Week 8 kami pergi semula Klinik Siti untuk scan condition baby. Sepanjang tiga minggu ni alhamdulillah aku takda alahan, muntah-muntah or ngidam apa pun. Kadang-kadang rasa macam betul ke aku ni pregnant . Sorry baby kerana meragui kehadiran awak dalam rahim mommy. Perut pun takda sebarang perubahan. Tapi memang setiap masa mommy doakan awak membesar dengan sihat dengan izinnya. Malam tu masa pergi klinik memang nervous sangat. Banyak kali ulang-ulang baca doa Nabi Yunus. Masuk je bilik untuk scan, saat Dr letakkan alat scanner tu kat perut, terus nampak baby. Ya Allah masa ni hanya Allah yang tahu perasaan ni macam mana gembiranya, bersyukur sangat, terpegun dengan ciptaan Allah. Dalam rahim aku ada baby, aku nampak jantungnya berkedip dan Dr bagi kami dengar degupannya. Ya Allah sekali lagi aku bersyukur. Baby kami membesar dengan sihat Alhamdullillah. Husband tengok sengih-sengih je dia tengok screen. Dengar degupan jantung anak laju sangat. Malam tu kami balik, kami borak-borak tentang anak kami dan asyik citer macam mana lajunya jantung anak kami berdegup. Kuasa Tuhan. Saat tu memang kami yakin anak kami akan membesar dengan sihat diiringi doa-doa yang tersayang.
Pertama kali mommy tengok awak , anak syurgaku :)
3 June 2019
Sebelum nak balik kampung husband beraya, kami decide untuk buat buku pink dulu. Kami pergi mendaftar di Klinik Desa Olak Lempit sebab rumah dekat sini. Waktu daftar kena bawak copy sijil nikah dan kat sana cuma buat ujian air kencing, check berat n tinggi, blood pressure dan ambik darah sikit kat jari untuk HB. Alhamdulillah semuanya ok je takda masalah apa. Dekat rekod, cuma berat aku jer yang misi guna pen merah sebab bawah 45kg hehe. Lepastu misi bagi date untuk next appoinment kat KK Bukit Changgang dua minggu kemudian. Kat sana baru buat ujian lebih-lebih. Misi juga bagi Zincofer untuk aku makan sebiji sehari. Seriously tiap kali lepas makan ubat ni, mesti aku rasa loya, pening dan muntah kadang-kadang. Tapi sebab fikirkan baby, aku makan je.
Hari ni adalah sehari sebelum next appointment dekat KKBC. Hari dimana kerisauan bermula :( . Aku ingat lagi pagi ni aku rasa tak sedap kat perut sikit macam nak nak dekat period. Tapi sikit je pastuh tengahhari dah hilang . Bagi aku benda tu takda apa lah sebab biasalah time pregnant ni perut dan badan memang rasa macam-macam. Pada waktu malam, tiba-tiba aku tengok ada spotting coklat yang dah kering. Masa ni aku panic dah lah dah kenapa sebab sepanjang 10 Week pregnant aku tak pernah ada any spotting. Masa ni citer kat husband, dia pun dah macam risau. Nak g klinik rasa macam xpayah lah sebab esok dah ada appointment KK. So aku tunggu je lah sampai esok menjelma sambil-sambil tu baca lah blog-blog yang citer pasal spotting. Lega sikitlah bila baca spotting ni bukan semua tanda perkara negative so malam tu memang doa banyak-banyak supaya esok dapat tengok baby sihat je. Nak tahu apa jadi esoknya? Nanti aku share for next entry. Kisah dimana bermulanya kesedihan seorang mommy .
No comments:
Post a Comment