Wednesday, April 17, 2019

Trip Budget ke Phuket & Hatyai March 2019

Assalamualaikum.

Entry kali ni nak cerita tentang pengalaman aku dan Wan ke Phuket dan Hatyai, Thailand. Sebenarnya, percutian kali ini adalah plan last minute (2minggu sebelum) dan memang tak disangka-sangka suggested by Wan. hahaha memang tak percaya lah asalnya. Tapi sebab dia dah bagi task suruh aku study pasal trip-trip nak kesana. So, aku percayalah dia memang nak pergi. Dalam masa 2 minggu tulah aku buat plan, beli tiket flight, ETS, travel insuran dan juga book hotel. Ohya, lupa pulak, trip kali ini bukan kami berdua je, tapi kawan sekerja Wan pun join sekali berserta isteri dan baby dia. 

Percutian kali ini adalah selama lima hari empat malam (5D4N) dan kami berjaya melawat Phuket dan Hatyai hampir seperti yang dirancang. Last nanti aku akan sharekan total details budget untuk trip ini. Sebelum tu, aku akan sharekan inetary and tips yang penting untuk korang. :)

Preparation Sebelum Ke Thailand:

1) Travel Insuran 
Travel Insurans ni sangat penting dan pada aku memang perlu ada jika hendak keluar negara. Sebagai backup untuk tolong-tolong kita bila muncul masalah yang berkaitan seperti flight delay, masalah kesihatan, kemalangan dan macam-macam lagilah. Setiap T.I cover dengan jumlah dan jenis yang berbeza-beza bergantung pada pakej yang kita pilih lah. Untuk trip kali ini, pilihan Travel Insurans aku ialah ETIQA Tripcare 360 Takaful. Sebenarnya ini first pengalaman aku beli T.I. Jadi, sebelum pilih yang mana nak beli memang aku ada buat banyak research cari yang mana yang terbaik. Urusan untuk membeli insuran ETIQA Tripcare 360 Takaful ni sangat mudah sebab segala urusan hanya secara online. Jadi memang sangat mudah dan efficient lah. Kalau ada masa nanti, aku akan share step by step cara beli T.I ni. Untuk trip ini, kami beli Plan Gold berjumlah RM 59.98 after discount dan termasuk upah stamp duty.  Alhamdulillah, trip kali ini kami tak menghadapi sebarang masalah.


Description untuk setiap plan yang menawarkan jumlah-jumlah berbeza

2) Tiket Flight
Awal-awal plan nak naik ETS je tapi disebabkan nak pendekkan masa perjalanan, kami decide untuk terus naik flight dan turun di Phuket Airport. Dengan keputusan ini, kami dapat jimatkan masa perjalanan kami hampir 24 jam. Mana taknya, kalau naik ETS, kena turun Padang Besar, then nak tunggu train Padang Besar ke Hatyai, dan akhirnya naik bas dari Hatyai ke Phuket. Semua ni makan masa yang berjam-jam. Memang tak dan lah. Better naik flight sebab perjalanan hanya 1jam 30minit sahaja. Disebabkan kami beli tiket tak berapa awal, maka harga pun tak cantik sangatlah. Nasib baik ada Air Asia, dapat lah beli tiket ke Phuket dengan harga RM 89 one way untuk seorang tanpa luggage, meal dan insurans. Manakala untuk infant dicaj RM50 walaupun hanya duduk di riba ibunya. Kami terpaksa beli tiket malam sebab time tu je yang murah. Awal-awal nak beli tiket ni blur-blur juga lah sebab tak pernah naik flight. Nasib baik ada yang sedia membantu kami.Kami hanya gunakan apps Air Asia untuk urusan pembelian tiket.

3) Tiket ETS
Selesai beli tiket untuk pergi, kami terus beli tiket untuk balik. Untuk perjalanan balik kami naik ETS pula. Memang percutian kali ini nak merasa naik train sebab tak pernah naik lagi kan. So ini lah peluangnya. Disebabkan tarikh yang kami plan nak balik tu minggu cuti sekolah, tiket memang mostly sold out lah untuk perjalanan Padang Besar ke KL Sentral. Padah beli last minute. Jadi kami terpaksa tukar plan untuk balik awal sehari iaitu hari Jumaat petang, bukannya Sabtu. Harga tiket untuk seorang dewasa ialah RM 102.00 dan percuma untuk infant.  Sepatutnya boleh jimat lagi jika nak, iaitu dengan membeli tiket Gold berharga RM76.00. Tapi disebabkan timing tak sesuai dengan plan kami, jadi terpaksa beli tiket Platinum jugalah. Tiket ETS kami beli di laman web ini https://www.ktmb.com.my/ . Jangan lupa print tiket untuk ditunjukkan semasa naik ETS nanti.



Tiket ETS untuk perjalanan balik

4) Hotel
Untuk urusan hotel, kami memang book online siap-siap sebab tak nak susah-susahkan diri cari hotel kat sana. Kami hanya menggunakan apps Agoda, harga-harga yang ditawarkan memang murah. Disebabkan kami pergi Phuket dan Hatyai, jadi kami book dua hotel. Memang sangat memudahkan urusan dan menjimatkan. Bila dah book, bayar secara online terus dan print Booking Confirmation untuk ditunjukkan pada pihak hotel. Semasa disana kami ada juga cuba bertanya hotel disana harga untuk semalaman, dan bandingkan dengan harga di Agoda. Suprisingly, harga yang diberikan oleh pihak hotel sangat mahal dan jauh berbeza dengan Agoda. Jadi, aku sarankan korang book je tiket online. Senang, tak perlu pening-pening.

Hotel-hotel yang kami book. Sangat selesa untuk budget yang rendah

5) Passport
Ini sememangnya dokumen paling penting. Kalau tak ada, sila buat sebelum terlambat hehehe. Kalau yang dah ada tu, jangan lupa check tamat tempoh passport pula. Passport boleh dibuat di Pejabat Imigresen dengan harga  serendah RM200 untuk tempoh lima tahun. Dah buat nanti, jaga elok-elok. Kalau diluar negara, passport ni umpama IC kita dan jangan sesekali berani berikan pada orang yang tak dikenali kerana takut dipergunakan atau disalahgunakan pihak terbabit.

6) Details Plan/Schedule
Pada pandangan aku, inilah perkara paling penting untuk memastikan percutian berjalan lancar. Aku tak suka masalah dan kalau boleh memang nak elakkan segala masalah dan pembaziran masa serta wang yang sia-sia semasa percutian. Oleh itu, research dan perancangan yang teliti perlu dibuat untuk elakkan segala ni terjadi. Alhamdulillah, disebabkan banyak membaca blog-blog tentang pengalaman meraka, perjalanan kami jadi mudah dan dapat mengelakkan ditipu dari segi wang. Untuk trip ni, aku yang incharge untuk schedule dan kami berjaya follow schedule hampir semuanya seperti dirancang. So, korang semua perlu kaji betul-betul ye kalau nak jimat masa dan wang. Nanti next entry aku share itinerary kami.

7) Tukar Duit
Jangan lupa untuk tukar duit siap-siap di Malaysia. Boleh je kalau nak tukar di Thailand tapi korang rugi lah nanti. 


Ok gais. Setakat ni lah dulu aku share untuk entry kali ni. Nantikan next entry untuk lebih details tentang trip kami.

No comments:

Post a Comment