Kehilangan anak pastinya suatu dugaan yang amat berat untuk diterima seorang ibu. Walaupun anak ini masih dalam perut, tapi sayang mommy pada kamu sudah lahir dan utuh untukmu anak. Kehilangan kamu merupakan suatu kehilangan yang terlalu berat untuk diterima tapi mommy redha kerana ini semua perancangan-Nya yang terbaik untuk kita.
18 June 2019
Hari ni adalah sehari sebelum next appointment dekat KKBC. Hari dimana kerisauan bermula :( . Aku ingat lagi pagi ni aku rasa tak sedap kat perut sikit macam nak nak dekat period. Tapi sikit je pastuh tengahhari dah hilang . Bagi aku benda tu takda apa lah sebab biasalah time pregnant ni perut dan badan memang rasa macam-macam. Pada waktu malam, tiba-tiba aku tengok ada spotting coklat yang dah kering. Masa ni aku panic dah lah dah kenapa sebab sepanjang 10 Week pregnant aku tak pernah ada any spotting. Masa ni citer kat husband, dia pun dah macam risau. Nak g klinik rasa macam xpayah lah sebab esok dah ada appointment KK. So aku tunggu je lah sampai esok menjelma sambil-sambil tu baca lah blog-blog yang citer pasal spotting. Lega sikitlah bila baca spotting ni bukan semua tanda perkara negative so malam tu memang doa banyak-banyak supaya esok dapat tengok baby sihat je.
19 June 2019
Hari ini adalah permulaan kesedihan mommy. Pagi tu pergi KK untuk second appointment. Sementara tunggu nak jumpa Dr tu memang baca macam-macamlah doakan anak sihat je. Bila masuk dalam bilik Dr, cerita tentang spotting tu. Dr suruh baring untuk scan. Bila scan, Dr susah sangat nak cari baby. Dia cuba banyak kali still samar-samar. Aku nampak memang anak aku samar-samar. Menyorok ke dia. Masa ni aku dah berdebar sangat. Sebab sebelum ni nak scan punyalah senang, letak je terus nampak. Lepastu Dr cakap mana jantung anak awak ni. Saya tak jumpalah. Aku dah start rasa nak nangis dah. Mana pulak jantung anak ni. Aku bagitaw Dr yang aku dah pernah dengar dan tengok jantung anak aku. Aku cakap dia ada tu, dalam hati aku dah mula rasa Dr ni tak reti scan kot. Dr cakap mungkin belum nampak lagi, takpe kita repeat scan next week. Sekarang ni anak awak 50-50. Dengar je ayat ni memang tak boleh hold dah. Rasa macam berkecai je hati ni. Keluar je dari klinik, ibu dan husband tanya ok tak. Waktu tu aku tak mampu langsung nak kata apa-apa. Air mata je yang mengalir. Mungkin mereka faham, mereka terus ajak masuk kereta dan balik. Semasa dalam kereta, aku cerita segalanya. Waktu tu husband aku pun terkejut dan terdiam. Aku cuba nak sedapkan hati, aku cakap mungkin Dr ni tak pandai scan. Jom kita pergi klinik hari tu cuba scan lagi sekali untuk sedapkan hati masing-masing. Dia pun setuju, jadi kami terus pergi Klinik Siti. Sangat mendukacitakan, bila result dan komen Dr Klinik Siti pun sama macam Dr KK tadi. Ya Allah, masa ni memang dah hancur berkecai lah hati. Dekat klinik ni pun baby samar-samar dah, degupan jantung langsung tak dapat detect. Dr cakat heartbeat dia dah stop. Dr cakap baby awak ni tak jadi dah, dalam erti kata lain dia tak membesar dah. Ikut kiraan sepatutnya 11 week, Tapi saiz baby hanya 8 week. Dr cakap aku ni dah missed misscarriage. Tunggu masa je nanti baby akan turun sendiri. Dr nasihatkan banyak bersabar dan dia cakap ini bukan salah sesiapa. Mungkin ini lah yang terbaik untuk kami. Husband diam je dalam bilik tu. Aku taw dia sedih sangat sebab dia sayang sangat anak ni dan sentiasa berusaha bagi yang terbaik masa aku pregnant. Aku pun tak pernah sangka kami akan diduga dengan kehilangan anak. Masa dalam kereta, kami berdua menangis semahunya. Terlalu sukar untuk disimpan rasa sedih ni. Seharian tu aku menangis sampai bengkak-bengkak mata, memang susah aku nak terima awalnya. Husband pun menangis jugak tengok aku menangis. Petang tu pulak husband kena oustation seminggu, lagi lah sedih kan. Tapi hikmah sebalik perpisahan sementara dengan husband ni, aku jadi kuat sikit lah. Aku rasa kalau dia ada kat sebelah aku jer mau menangis tak berhenti-henti. Sebabnya aku asyik fikir sedih tak dapat bagi anak kat dia macam dia impikan. Mulai malam ni aku duduk sorang-sorang banyak berdoa dan buat solat hajat. Aku taknak percaya heartbeat anak aku dah stop selagi tak repeat scan dengan Dr KK next week.
20 June 2019
Pagi tu aku muntah-muntah teruk. Makan or minum apa-apa aku akan muntah. Lepastu ada keluar ketulan lendir coklat sebesar jari kelingking. Masa ni aku ingat tu anak aku. Aku pun macam blur-blur apa nak buat, akak aku ajak g klinik terdekat untuk check. Aku pun pergi klinik lain yang dekat rumah. Bila cerita simptom-simptom dan tunjuk sample kat Dr, dia suruh scan. Aku pun baring lah, dia letak je scanner tu terus nampak anak aku. Sempurna je kejadian dia dan terdetik dalam hatiku eh anak aku okay je ke. Tapi Dr kata jantung dia memang dah stop ni. Dr cakap benda yang sama, aku missed misscariage. Baby tak jadi dan mungkin berhenti pada 8 Week lebih. Dr cuba nasihatkan supaya ak bersabar dan doa banyak-banyak baby turun sendiri supaya tak perlu D&C. Waktu ni aku dah mula cuba terima anak aku nak tinggalkan aku dah. Tapi aku masih berdoa dan buat solat hajat supaya dia sihat, tapi jika memang bukan rezeki kami permudahkan lah anak aku keluar dari rahimku. Mulai tarikh ni, setiap hari akan keluar satu lendir coklat kehitaman yang besar. Tapi sekali je dia keluar, dan aku tak da keluar fresh blood pun. Aku banyak bedrest dan berdoa je untuk anak aku.
23 June 2019
Sewaktu maghrib aku mula rasa tak sedap perut dan darah mula keluar. Tak banyak tapi penuh juga lah pad maxi tu. Masa ni aku dah redha betul dah, aku percaya aku memang dah mula nak gugur ni. Aku pujuk anak aku keluar dan permudahkanlah urusan mommy. Tapi malam tu aku tak rasa sakit sangat pun, dan aku tertidur awal. Pagi esoknya tengok pad tak penuh sengat. Mungkin belum lagi gugur betul-betul.
24 June 2019
Dah settle mandi dan sarapan, aku pun rehat-rehat sebab tak sedap perut. Tak lama lepastu aku mula rasa macam senggugut, senggugut yang teramat-amat sakit. Aku cuba baring, menonggeng, meniarap semua tak boleh dah. Aku dah tak taw apa nak buat untuk hilangkan rasa sakit yang amat sangat ni. Memang sakit betul dan darah pun dah mula banyak keluar. Aku pun decide duduk je kat tandas duduk tu, cuba tahan kesakitan dan aku cuba teran sikit-sikit. Banyak darah keluar. Setelah hampir dua jam aku duduk dalam toilet tu menahan sakit, tiba-tiba aku rasa macam sakit sangat yang aku tak boleh tahan sangat mungkin macam contraction rasanya. Dan keluar lah ketulan warna putih yang sangat besar, masa ni aku rasa hangat je tak taw lah cecair apa yang keluar. Bila keluar ketulan besar tu lega sikit tapi masih sakit. Lepas tu datang lagi rasa contraction tu, dan keluar lagi ketulan besar warna putih. Aku tak pasti yang warna putih ni bahagian apa. Dan akhir sekali, keluarlah janin anakku. Ya Allah, masa ni aku terus kutip dia dan belek dia. Aku tak sangka aku dapat tengok dia walaupun dia kecil sangat -- tapi dia dah ada mata, mulut, tangan, kaki, badan, kepala. Kemudian sakit yang teramat sangat tadi dah berkurangan dan aku dah mula rasa lega dan ok sikit. Memang betul lah orang selalu cerita gugur tu sakit. Memang sakit T_T . Tapi fresh blood terus mengalir turun je macam air paip, jadi aku tunggu sampai darah dah tak kerap keluar baru aku mandi dan siap-siap untuk pergi hospital. Masa ni aku ingat semua dah keluar tu berani sikit nak pergi hospital sebab aku memang takut sangat nak kena cuci atau D&C.
Di hospital aku mendaftar di wad kecemasan dahulu baru mereka refer ke O&G. Masa awal-awal sampai di unit O&G, nurse bagi kain suruh tukar sebab kena scan. Aku dah takut sangat time ni haha sebab nak kena masuk melalui bawah kan. Tapi kuatkan lah diri hehe. Setelah dua jam tunggu baru dapat jumpa Dr. Dr nya busy operate orang katanya. Sampai bocor dah aku tunggu Dr tak muncul-muncul. Sementara tunggu tu memang terasa darah keluar je. Sampai-sampai Dr tanya apa berlaku dan aku cerita segalanya A-Z. Dah settle dia suruh aku baring, lepas tu dia terus cucuk tiub masuk untuk check ada baki tak. Masa ni memang dah kena marah dengan Dr lah sebab aku tak duduk diam. Dr nya pun cuba lah lembut-lembut sikit kan hehe. Waktu tu ada rasa sakit sikit. Bila dia check tu dia cakap ehh ada baki lagi lah. Pulak dah, ak dah risau kena D&C. Dr cuba tarik guna pengepit dia tu tarik baki kandungan sambil suruh aku meneran. Dah macam beranak rasanya walaupun tak pernah beranak pun. Berapa kali gak lah dia suruh aku meneran dan alhamdulillah semua baki dapat dikeluarkan. Besar jugak ketulan yang tertinggal tu. Lepas tu Dr scan pulak dari bawah. Yang ni tak sakit tapi tak selesa sikit lah. Alhamdulillah Dr cakap dah bersih dah dan aku boleh balik. Sebelum balik nurse inject ubat untuk kecutkan rahim di punggung. Lepas selesai tu, aku mula rasa sakit. Dalam kereta aku rasa sakit sangat macam ada benda berdenyut-denyut kat perut. Sampai je rumah malam tu aku menangis sebab sakit sangat rasa berdenyut tu, dapat pula panggilan dari husband yang jauh -- memang berderai lah. Lepas mandi, pakai minyak dan stokin aku cuba tido. Malam tu memang susah nak tidur sebab sakit dan ngeri terbayang-bayang apa Dr buat. Sebenarnya takda lah terlalu sakit apa Dr buat tu cuma aku ni seorang yang pengeri dan pengilu tu jadi macam tu heee.
25 June 2019
Hari pertama berpantang tanpa anak. Pagi ni bangun aku dah mula menerima kehilangan anakku. Terima kasih untuk suami, keluarga, keluarga mentua dan sahabat rapat yang mengambil berat dan mendoakan aku. Aku cuba mencari semangat aku semula untuk terus percaya pada hikmah dan takdir Tuhan. InsyaALLAH segala yang berlaku pasti ada hikmahnya yang terbaik untukku. Entry akan datang nanti aku sharekan pengalaman aku berpantang keguguran pula. Buat sesiapa yang membaca, doakan aku dapat melahirkan anak yang sihat dan sempurna dalam masa terdekat ni. Tq :)

Last scan :)